Friday, May 31, 2013

Belajar teknik alin muka ngan Makcu

Salam. Aku teringat peristiwa sebelum hari perkahwinanku. Bagaimana last minute nye nak buat preparation untuk mekap. Abang-abang semua tak bagi upah jurumekap, atas alasan tak nak sampai kena cukur kening, tak nak mekap tebal sangat, tak nak gaduh-gaduh ngan jurumekap tu lol dan sebagainya. Dan pengalaman keluarga, ramai yang macam serik je dgn jurumekap-jurumekap ni. Jadi, alkisahnya ada seorang mak sedara aku ni seorang yang rajin beli alat mekap, walaupun dia bukanla rajin pakai sangat. Tapi, bab-bab penjagaan kulit ni memang dia pakar. Mekap pengantin pun not bad la. Ramai sepupu aku kawen, Makcu la yang mekap.

Jadi, sampai-sampai saja ke rumah kami, melihat kulit wajahku yang tak rupa macam nak kawen esok hari, Makcu jadi naik anginla sangat.

“Ini ke rupa orang nak kawen? Nape bengkak muka sana sini? Tak buat facial ke?”

Itulah persoalan bertubi-tubi ke telingaku. Panas berdesing jugak. Tapi dah salah aku sendirila. Tak sedar masa berlalu. Dok sibukkan hantaran, bilik pengantin, pelamin *walaupun kami tak buat acara bersanding* (FYI, aku mempunyai seorang kakak ipar yang gagah nak buat semuanya. Dia ada taste sendiri bab hias menghias ni, plus nak save budget). Maka terlepas pandangla penjagaan kulit aku ni. Tak sedar diri nak kawen.hehe.

Jadi malam tu, Makcu operasila menggonyoh *itu je perkataan yang seswai* wajahku yang sedikit bengkak akibat jerawat dan resdung.

Mula2, Makcu alinkan (dibaca alen*bukan nama orang yer*) kulit wajahku dengan telur rebus yang masih panas berwap2. Maka menjerit2lah aku akibat kepedihan+kesengsaraan tsk..tsk... “Ha, padan muke! Sape suh salah pakai produk...,” kata Makcu sambil meng*alen* kulitku lagi.

Owh,.kisahnye...baru aku sedar, aku tersalah produk. Produk yang aku gunakan, tak sesuai dengan kulitku. Padahal dah pakai 1 set...mengalirlah air mate pedih.hehe. Kata Makcu lagi, dahla aku ni ada resdung, ditambah plak ngan salah produk, maka bengkakla kulit muka, jadi kusam dsb.

Selepas alin tu, putih telur pun dikupas untuk lihat hasilnye. Kalau berlendir2 kat kuning telur tu, maknanya resdung. Kalau ada bintik2 hitam, dan satu lagi bentuk bulat bermata, itu tandanya, kumannye dah lari ke kuning telur tu lalu mati.

Selepas 5 biji (banyak wo), wajahku terasa sedikit ringan dan tak pedih dah. Terasa bengkak2 pun dah surut. Kemudian Makcu pon pecahkanla jerawat2 aku yang banyak kat pipi tu. Hinggala kuar darah2 kotor...yek. Nak citer pon geli. Then bile dah agak kering darahnye, barula cuci ngan jus limau nipis. Waktu tu kepedihan die tahap mengalirkan air mata!! Terase cam kejam gile Makcu! Tapi, Alhamdulillah...kejap je. Makcu dah kesian sangat kat aku agaknya, jadi, cepat-cepat Makcu sapukan ngan putih telur untuk neutralkan balik kulit tu, bagi sejuk.

Bila dah kering putih telur di muka (cam maskerla), Makcu cuci plak ngan toner...*wah3., time ni memang kulit terasa nyaman, sejuk. Mata pon dah ngantuk terus*. Makcu terus suh je aku tidur.

Then, last sekali sebelum tidur, Makcu sapukan serum. Dah lupa la brand ape. Tapi memang kulit terasa nyaman yang amat sangat.

Dan esok paginya, barulah pipiku yang bengkak dah surut. Cuma lepas subuh, terus Makcu suruh aku cuci muka, dan sapukan pelembab dan sebagainya. Dan lepas mekap untuk pengantin, memang tak nampak dah kesan-kesan gonyoh malam tadi. Cayalah Makcu!!! Two thumbs up!

Hingga ke hari ini aku masih teringat pesan Makcu supaya rajin mengalin kulit muka seminggu sekali, sebijik telur pun takpe. Lagi satu, tinggalkan terus produk yang sedang aku pakai waktu tu, cari produk lain yang ok untuk kulit aku. Tapi, aku tetaplah aku yang asyik terasa malasnyela. Nak rebus telur pun berkira-kira. Kalau muka terasa gatal, barula aku rajin mengalin. Kini, rasa macam dah lama aku tak mengalin. Kulit dah terasa makin pulih selepas mengamalkan makan Habbatus Sauda'. Jerawat dah jarang tumbuh. Dan yang lebih penting, dah tak gatal-gatal dah. Cuma parutnya masih kelihatan, payah nak hilang:(.

Sebagai penutup, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Makcu kerana telah mengajarkan aku macam2 ilmu malam tu. Takpela kena marah pun, asalkan hasilnya aku belajar daripada pengalaman. Itu saja yang aku nak kongsikan. Moga-moga ada manfaat untuk kemudian hari.

Terima kasih Tuhan...:)
Sekian dulu, wassalam.


P/S: kalau makcu terbaca entri ni, mintak halal ye nak share ilmu...;)

Sunday, May 26, 2013

Lirik Nasyid: Ubat

Ooh...
Ya Allah, cahaya dan rahsia itu
Kedua-duanya tidak terfikirkan oleh akal
Sungguh ciptaanMu luar biasa
Kau jadikan keduanya
Boleh mengubat penyakit dan selesaikan masalah

Kau ciptakan semua penyakit
Kau ciptakan semua masalah
Yakni setelah Kau ciptakan sejenis ubat
Ubat yang mampu terhadap semua
(Ulang dari rangkap 1)

Oh Tuhan, dia terlalu agung
Dia terlalu diperlukan
Mana boleh dunia berjalan tanpanya
Kini dunia penuh penyakit
Penuh dengan masalah
Yang tidak mampu diselesaikan
Kerana ubatnya tiada

Ya Allah kami terlalu rindukannya
Dan terlalu perlukannya
Dan menunggu ketibaannya

Bila lagi Ya Allah
Tibanya hari rahsia itu
Untuk Kau buktikan janjiMu
Mengirim mereka semua
Kembali kepada dunia
Bila lagi, bila lagi, bila lagi Ya Allah
JanjiMu itu akan berlaku

(Ulang rangkap 3 dan 4)

Ha...
Rindukannya,
Perlukannya,
Menunggu ketibaannya...


Artis: Generasi H

Thursday, May 16, 2013

Lirik Nasyid: Aku Menangis



Aku menangis wahai Tuhan

Kerna ku belum redha dengan takdirMu
Aku menangis wahai Tuhan
Kerna ku belum dapat bergembira dengan kegembiraan orang lain

Aku menangis wahai Tuhan
Kerna ku belum dapat mengutamakan Akhirat
Demikian tidak sucinya hatiku
Lalu aku menangis selalu
Kerna sakitnya hatiku
Kerna terasa beratnya bebanku ini

Mengapa Kau menguji begini, Tuhan
Apakah maksudMu itu
Apakah sebagai pengampunan dosa
Peningkatan darjat atau kutukan, penghinaan

Tuhan, Kau adalah Tuhan Yang Maha Rahim
Cukup baik dan paling baik
Masakan Kau bermaksud jahat padaku
Sedangkan Kau tahu betapa rindunya aku
Jadi manusia yang baik, selamat dunia dan Akhirat

Aku menangis wahai Tuhan
Kerana ku hanya mahukan cinta dan rindu padaMu
Aku menangis wahai Tuhan
Memohon hati yang sejahtera
Bersama rasa redha dan sabar
Hingga ku mampu tenang tika diuji

Ketika air mataku mengalir
Di waktu ku sujud padaMu
Untuk menagih keampunanMu
Dan pinta diisi hatiku dengan iman dan taqwa

Tuhan sungguh ku yakini dengan kepemurahanMu
Kerana sudah sering Kau menolongku
Di kala aku diuji
Moga kali ini ku kan dapat menjadi hambaMu
Yang redha dengan Tuhannya
Dapat bergembira dengan kegembiraan orang lain

(Ulang rangkap 4)

Aku menangis wahai Tuhan
Moga tidak ku tangiskan lagi
Dunia yang menipu ini...


Lirik oleh: Bonda Ummu Jah