Thursday, May 16, 2013

Lirik Nasyid: Aku Menangis



Aku menangis wahai Tuhan

Kerna ku belum redha dengan takdirMu
Aku menangis wahai Tuhan
Kerna ku belum dapat bergembira dengan kegembiraan orang lain

Aku menangis wahai Tuhan
Kerna ku belum dapat mengutamakan Akhirat
Demikian tidak sucinya hatiku
Lalu aku menangis selalu
Kerna sakitnya hatiku
Kerna terasa beratnya bebanku ini

Mengapa Kau menguji begini, Tuhan
Apakah maksudMu itu
Apakah sebagai pengampunan dosa
Peningkatan darjat atau kutukan, penghinaan

Tuhan, Kau adalah Tuhan Yang Maha Rahim
Cukup baik dan paling baik
Masakan Kau bermaksud jahat padaku
Sedangkan Kau tahu betapa rindunya aku
Jadi manusia yang baik, selamat dunia dan Akhirat

Aku menangis wahai Tuhan
Kerana ku hanya mahukan cinta dan rindu padaMu
Aku menangis wahai Tuhan
Memohon hati yang sejahtera
Bersama rasa redha dan sabar
Hingga ku mampu tenang tika diuji

Ketika air mataku mengalir
Di waktu ku sujud padaMu
Untuk menagih keampunanMu
Dan pinta diisi hatiku dengan iman dan taqwa

Tuhan sungguh ku yakini dengan kepemurahanMu
Kerana sudah sering Kau menolongku
Di kala aku diuji
Moga kali ini ku kan dapat menjadi hambaMu
Yang redha dengan Tuhannya
Dapat bergembira dengan kegembiraan orang lain

(Ulang rangkap 4)

Aku menangis wahai Tuhan
Moga tidak ku tangiskan lagi
Dunia yang menipu ini...


Lirik oleh: Bonda Ummu Jah

No comments:

Post a Comment